3 Mitos Terbesar Dalam Fotografi Yang Pelbagai Bangsa Percaya

1. Harus memiliki kamera DSLR mahal untuk gambar cantik?

Tidak dinafikan kamera yang mahal membantu untuk para jurugambar mengambil gambar lebih menarik. Tapi, sebelum tu, tepuk dada tanya poket ye korang. Hehe.

Tetapi yang sebenarnya adalah siapakah disebalik kamera itu lebih penting dan secara tepat siapakah yang memegang kamera berkenaan.

Kamera jenis apa pun, kalau tidak digunakan secara maksima, tidak akan dapatgambar yang menarik dan mengancam. Percayalah.

Sekarang ni, telefon bimbit buatan Apple (Iphone) dan Android pun sudah mampu untuk hasilkan gambar berkualiti tinggi. Setiap kamera mempunyai kelebihan masing-masing. Ingat tu! hehe.

Korang boleh tengok video ni, hadam dan fikirkan. hehe.

 

2. Ambil gambar di luar negara lebih cantik berbanding di dalam negara?

Pada pandangan saya, gambar yang menarik itu tidak bergantung kepada keadaan dan di manakah kita berada.

Tetapi yang menjadikan gambar itu lebih menarik adalah bagaimana kita melihat sesuatu perkara dengan perspektif berbeza. Dari aspek ini, korang kena belajar mengenai komposisi gambar.

Oh, untuk pengetahuan korang, tidak semestinya berada di luar negara membuatkan gambar kita jadi lebih menarik, tetapi kalau ada rezeki berjalan ke negara orang itu lebih baik. Kan?

Bagi saya, jurugambar yang terbaik itu adalah mereka yang mampu menggubah benda biasa menjadi gambar yang menarik atau mempunyai seni emosional.

Korang, gunakanlah perkara-perkara atau eleman yang berada di sekeliling untuk menciptakan keharmonian dalam gamber berkenaan.

 

3. Bokeh jadi penentu gambar cantik?

Bokeh sahaja bukanlah penentu untuk gambar yang yang cantik, sebaliknya elemen komposisi gambar itu diletakkan. Untuk pengetahuan korang, teknik rule of thirds tu merupakan salah satu teknik tau.

Sebenarnya ada banyak teknik-teknik komposisi gambar. Tidak perlu sombong untuk belajar teknik-teknik komposisi gambar ni.

 

 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya di: 019-6198169.

Jangan lupa untuk klik LIKE pada page facebook
https://www.facebook.com/brucamerabag/ untuk mendapatkan info-info terkini.
Oh tak lupa, saya juga ada jual beg kamera dan lanyard, boleh hubungi saya kalau berminat. Nak tengok dulu pun tidak mengapa. Hehe.

12747458_1697287990514367_1390869476756244822_o

Advertisements

Siapa Saya?

1522776_644490428948352_755029008_o

Saya Nasriah binti Muhammad atau korang yang baca boleh je panggil Anne. Saya baru sahaja menginjak usia 30 tahun pada tahun 2018.

Mula menceburkan diri dalam industri media pada tahun 2012 apabila melakukan internship di Koran Tempo, iaitu sebuah akhbar diterbitkan di Indonesia.

Ketika itu, saya mula menceburkan diri sebagai seorang jurugambar. Pelbagai perkara yang diajarkan senior atasan memandangkan ketika itu saya baru setahun jagung dalam dunia media.

Pelbagai pengalaman saya lalui di sana, suka dan duka seperti pengalaman berada di negara jiran Indonesia, pengalaman berinteraksi dengan masyarakat, bahkan dari sudut ekspressi gambar, saya juga dapat pengalaman yang berbeza, nyata berbeza.

Kini, pada tahun 2018 saya melangkah ke fasa baru, fasa kehidupan baru dari bujang kepada isteri orang dan fasa kerja yang baru setelah pulang ke Malaysia pada sekitar tahun 2014. Oh tidak lupa, Indonesia dan Malaysia kebanggaanku!

Alhamdulillah pada April 2017 saya sudah mendirikan rumah tangga dengan pasangan Muhammad Adam Abu Bakar. Kini masih lagi dalam fasa “bulan madu”.

18301312_10213257103405277_1367474996024912244_n

Saya juga sudah bertukar profesion dari seorang jurugambar kepada seorang wartawan. Tetapi pada asasnya ia masih lagi dalam bidang dan jurusan yang sama iaitu industri media.

Penulisan membawa saya supaya lebih memahami sesuatu kejadian dan perkara dengan lebih teliti. Melalui teknik fotografi pula, ia membantu saya merakamkan detik-detik yang berlaku, seperti yang dikatakan orang, sekeping gambar membawa seribu makna.

sekiranya ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya di: 019-6198169.

Jangan lupa untuk klik LIKE pada page facebook
https://www.facebook.com/brucamerabag/ untuk mendapatkan info-info terkini.